Daerah Gombak adalah sebuah daerah di dalam Negeri Selangor yang diwujudkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan. Keadaaan rupa bumi daerah ini adalah berbukit-bukit di kawasan timur, sebahagian kawasan utara dan barat. Manakala di kawasan tengah, keadaan tanah melebihi kepada tanah pamah. Sungai- sungai utama yang mengalir daerah ini ialah Sungai Gombak, Sungai Klang dan Sungai Batu. |
![]()
| Daerah Gombak merangkumi kawasan- kawasan yang disusun semula seperti berikut : ![]() Daerah ini terletak di kawasan Lembah Klang dan bersempadanan dengan :
|
Pejabat Daerah Gombak pada awalnya beroperasi di Jinjang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1981 Pejabat Daerah telah berpindah ke bangunan baru di KM 16, Jalan Rawang, 68100 Batu Caves dan pada tahun 1983 bangunan baru tersebut dinamakan Bangunan Sultan Sulaiman dan dirasmikan pada 10 September 1983 oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah.
Dari segi pentadbiran pengurusan, Daerah Gombak dibahagikan kepada 5 Mukim dan kampung-kampung.
Mukim Rawang I | Mukim Rawang II |
Mukim Batu | Mukim Setapak |
Mukim Hulu Kelang | |
Daerah Gombak ditadbirkan oleh 1 Pegawai Daerah dan 5 orang Penghulu
Senarai Kampung mengikut Mukim dalam Daerah Gombak
| MUKIM | KAMPUNG | LAIN - LAIN |
| MUKIM BATU | 11 KAMPUNG TRADISI | 2 KKI, 1 KG BARU CINA DAN 2 KG ORANG ASLI (BUKIT LAGONG DAN ULU BATU) |
| MUKIM SETAPAK | 7 KAMPUNG TRADISI | 3 KG ORANAG ASLI (BATU 12, BATU 16 DAN KG SG RELANG) |
| MUKIM HULU KELANG | 3 KAMPUNG TRADISI | 1 KKI, 1 KG BARU CINA DAN 1 KG ORANG ASLI (KEMENSAH) |
| MUKIM RAWANG | 5 KAMPUNG TRADISI | 7 KG BARU CINA DAN 2 KKI |
| MUKIM KUANG | 10 KAMPUNG TRADISI | 1 KKI, 4 KG BARU CINA DAN 2 KG ORANG ASLI (ULU KUANG DAN SG BULOH) |
![]() | ![]() |













