Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Khamis, 19 Februari 2026 | 02 Ramadan 1447H | 23:31

Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH GOMBAK

Maju Bersama Bertambah Mutu

carian
w3c
tukarBahasa
faq
hubungikami
maklumbalas
sitemap

22 Januari 2024 - 'Kami tak mahu Rawang dijadikan hab sampah'

image

Penduduk Rawang menuntut hak untuk menikmati kehidupan sihat, bersih serta berkualiti dan tidak mahu Rawang dijadikan hab sampah negeri ini.

RAWANG - Jaringan Rawang Tolak Insinerator (RTI) menuntut supaya Rawang tidak dijadikan hab sampah negeri ini.

Jurucakapnya, Woo Wai Kuan berkata, RTI turut meminta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengotakan janji untuk bertemu dengan penduduk berhubung projek pembinaan insinerator di Batu Arang.

Ini kerana penduduk menyifatkan cadangan projek didakwa bakal menampung sisa pepejal dari enam pihak berkuasa tempatan (PBT) terlalu hampir dengan kawasan perumahan dan akan menjejaskan kualiti kehidupan.

Katanya, penduduk menuntut hak untuk menikmati kehidupan sihat, bersih serta berkualiti.

"Kami bukan 'second class', kami menegaskan sekali lagi kami tidak mahu Rawang dijadikan hab sampah yang busuk dan tidak selamat.

"Sekali lagi, 'no one is left behind' slogan yang diserukan oleh Menteri Besar Selangor, dan kotakan janji untuk mengadakan sesi 'town hall meeting' dengan penduduk Rawang.

"Berikan tarikh, masa dan tempat (untuk sesi town hall), suara rakyat adalah suara keramat, bukan suara sampah dan jangan ketepikan suara kami," katanya ketika ditemui Sinar Harian.


  •  
  • Print
  • Email this page

Salmah